UMMI

PELANCARAN ALBUM VOU 2 - RASULULLAH S.A.W. 2016

 

“Alhamdulillah...Kejayaan pertama kami dalam menerbitkan sebuah album “santapan rohani” untuk kanak-kanak dan seisi keluarga berjudul Voices of UMMI (1) – Erti Al Fatihah telah mendapat sambutan memberansangkan dari seluruh peminat, ibu bapa dan para pendidik. Oleh itu, kami tidak mahu legasi ini terhenti setakat itu. Kami ingin terus berdakwah menerusi muzik berunsurkan hibur didik yang mana kami rasa adalah cara paling efektif, berkesan dan sentiasa segar walaupun di dengar berulangkali.” kata Nora Dato’ Hj Ariffin, Pengarah Kreatif Johan Nawawi Sdn. Bhd. yang juga penerbit album VOICES OF UMMI (2) atau lebih mudah dikenali dengan VOU.

Album VOU – “2" 

Album ini memuatkan secara keseluruhan 13 buah lagu, yang mana antaranya merupakan 12 buah lagu baru dan 1 lagu paling popular yang dipetik dari album Voices of UMMI (Erti Al-Fatihah) dan diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakkan lagu-lagu tersebut turut dimuatkan dalam siri animasi UMMI Musim Ke-2. Lebih menarik lagi, kami juga mendapat sokongan padu dari penghibur cilik BEN LADIN yang telah menyumbangkan suara beliau menerusi lagu berjudul “Raja Rimba”.

Tambahan itu, album ini juga mengandungi sebuah lagu bonus bertajuk “Zikrullahnyanyian duet bersama penyanyi-penyanyi hebat iaitu NORA dan MOSYI. Lagu yang dijangka akan diminati ramai adalah berjudul “Rasulullah”, kerana ianya dicipta khas melalui gubahan indah oleh komposer yang telah meraih pelbagai anugerah dan penghargaan iaitu OMAR K.

Semua lagu-lagu tersebut berunsur “pop kerohanian” yang amat sesuai didengar oleh kanak-kanak dan seisi keluarga. Ia merangkumi pelbagai sub-genre irama pop dari tradisional balada, jazz, country & western, r&b dan dance/hiphop. 

“Terima kasih kami kepada rakan kongsi kami Inteam Records Sdn Bhd yang telah banyak menyokong projek dakwah kami sejak mula lagi. Kami yakin melalui kerjasama ini, kami dapat berjuang bersama untuk memastikan projek dakwah sebegini mencapai tujuannya iaitu untuk memberi pengisian ilmu Islam secara kontemporari dan sederhana kepada masyarakat terkini didalam hidup yang penuh dengan cabaran.” tambah Johan Mohamed Nawawi, Pengarah Urusan Johan Nawawi Sdn Bhd.

Album VOU - “2” dilancarkan atas permintaan dan sambutan yang cukup positif dari penggemar lagu-lagu ketuhanan serta ibu bapa dan para pendidik. Harpan kami semoga SINGLE TERBARU berjudul “RASULULLAH”dapat menerapkan lagi kecintan kita kepada Nabi junjungan Muhammad (SAW), serta memberi nafas baru dalam inudtsri nasyid Malaysia, Nusantara malah antarabangsa.

BACK