UMMI

KIDS PRIMA, HUD HUD MEDIA KOLABORASI HASIL KOMIK UMMI

 
Oleh: NURUL KHALEEDA RASHIKIN

SHAH ALAM - Kids Prima yang merupakan 'imprint' kepada Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd buat julung kalinya berkolaborasi bersama Hud Hud Media dalam gabungan buku untuk menghasilkan buku komik bersiri Ummi.

Pengarah Eksekutif (Penerbitan Buku dan Majalah), Firdaus Hussamuddin berkata sasaran utama mereka khususnya adalah kanak-kanak.

"Kami ingin mengetengahkan buku ini kepada kanak-kanak dalam usaha memberikan ilmu kepada mereka.

"Justeru, ini bukan hanya sekadar buku komik biasa tetapi  diharap dapat memberikan banyak manfaat kepada pembacanya," katanya dalam sidang media Buku Komik Ummi di Kumpulan Media Karangkraf, hari ini.

Ummi...Ceritalah Pada Kami edisi komik akan dibawakan khas buat kanak-kanak enam hingga 10 tahun, setakat ini Kids Prima telah mengeluarkan empat episod buku komik ini. 

Sementara itu, Pengarah Urusan Hud Hud Media  dan juga penyanyi, Nora  Ariffin berkata sudah tiba masanya untuk dia menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

"Dah tiba masa untuk saya sumbangkan sesuatu pada masyarakat lebih-lebih lagi di dalam perkongsian ilmu dan saya juga merupakan seorang ibu.

"Lagipun dengan teknologi sekarang, anak-anak terdedah dengan media sosial dan lain-lain jadi apa salahnya kita guna apa yang ada untuk berkongsi ilmu?" katanya.

- SINAR HARIAN

BACK