UMMI

SIAPA KATA RANCANGAN TV BUATAN MALAYSIA TIDAK BERKUALITI DAN HANYA LAYAK DITONTON OLEH PENONTON TEMPATAN

Memang banyak perubahan yang telah di lihat dari segi penerimaan industri TV antarabangsa terhadap produk animasi dari Malaysia, jelas Johan Nawawi , CEO Hud Hud Media Sdn Bhd. “Dulu kalau kita nak compare dengan brand dari Korea atau Jepun, kita agak terkebelakang. Tapi sekarang they give some respect to us.”

Johan sudah enam tahun menghadiri pasaran kandungan TV antarabangsa. Baginya kemajuan yang dicapai ialah kerana syarikat animasi Malaysia telah berjaya mencapai tahap benchmark antrabangsa dan penjagaan kualiti secara konsisten.

Memenangi anugerah antarabangsa banyak membantu, tambahnya lagi. Apabila produk dari Malaysia selalu disebut dalam media industri sebagai Top 10 atau Top 5, ianya adalah pengiktirafan daripada industri TV antarabangsa.

Beliau berkongsi kebimbangan peserta ATF yang lain samada inisiatif dan sokongan dari kerajaan akan berterusan. “We have to maintain. Usaha seperti ini melibatkan kos yang tinggi. Jadi kita perlu merancang untuk jangka panjang” tambahnya lagi.

Untuk memastikan industri kandungan TV terus berkembang dipasaran antrabangsa, Johan berharap agar pengalaman yang ditimba oleh veteran-veteran yang sudah lama menghadiri trade market ini dapat didengar oleh kerajaan dan dikongsi bersama dengan mereka yang baru pertama kali datang. “Dengan cara ini kita dapat memastikan mereka tidak membuat kesilapan rookie yang telah kita lalui” tambah nya lagi.

Dulu terkenal sebagai penggubah lagu pop di tahun 80an, Johan mengubah arah dari industri musik ke industri animasi. Tapi dia tak menjangka berapa banyak yang perlu dipelajarinya. Proses produksi dalam animasi, katanya, lebih komplikated dan mengambil kos hampir 5 kali ganda lebih tinggi.

Untuk menyiapkan brand Ummi dan rancangan animasi tersebut, telah mengambil masa 6 tahun dan lebih enam juta ringgit telah dibelanjakan. Syarikat animasi tidak boleh berharap untuk mendapatkan semula kos dari stesen TV sahaja dan perlu mencari pasaran yang lebih luas dan menjana pendapatan dari pelbagai sumber.

Apabila di tanya samada beliau tidak rindu untuk kembali ke industri musik, bagi Johan, dia tidak pernah meninggalkan musik. “Banyak orang tidak sedar, Ummi itu sebenarnya adalah satu musikal,” jelasnya lagi “setiap siri Ummi akan ada lagu-lagu yang baru.” Johan sendiri yang mengarang lagu-lagu tersebut dan kemudiannya dinyanyikan oleh isterinya, Nora dan bahagian kanak-kanak oleh anak-anaknya. Bukan sahaja ini membenarkan Johan untuk terus berkarya dalam musik, tetapi juga menjadi sumber pendapatan apabila CD lagu-lagu bercirikan Islam ini dipasarkan dan telah mendapat sambutan yang baik.

Perjalanan Johan dalam industri ini masih panjang.

Walaupun siri Ummi sudah dapat dipasarkan ke 37 negara diseluruh dunia, tetapi proses untuk mendapatkan wang dari jualan itu tidak semudah yang dijangka. Beliau tidak putus asa dan berharap akan dapat mengeluarkan 1-2 lagi IP di masa kan datang

- CAPITAL TV

BACK